
PEMULANGAN PRODUK
Produk-produk yang dijual di sini adalah produk yang dibekalkan oleh jenama-jenama tersebut. Oleh itu, kami yakin bahawa produk-produk kami adalah berkualiti.
Pastikan anda membaca dan memahami polisi kami seperti yang berikut sebelum membuat sebarang pesanan.
Kesilapan Penghantaran atau Kecacatan pada Produk
Jika produk yang anda terima adalah selain daripada pesanan anda atau produk yang anda terima rosak atau cacat, sila hubungi kami melalui e-mail dan kembalikan produk tersebut kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan supaya kami dapat memulangkan wang anda atau, menukarkan kepada produk lain yang sama harganya. Polisi ini hanya akan terpakai sekiranya produk tersebut dipulangkan dalam bentuk asal (bersama pakej, tag dll.). Sebarang produk yang telah digunakan atau dikembalikan selain daripada bentuk asal atau mengalami kerosakan dan kecacatan disebabkan oleh kelalaian, kecuaian atau kesilapan penerima itu sendiri tidak akan dilayan sama sekali.
Kos penghantaran semula produk kepada akan kami tanggung sepenuhnya dan caj P&P untuk menghantar produk baru kepada anda akan dikecualikan.
KERAHSIAAN
Kami menghormati privasi anda dan kami akan menyimpan maklumat-maklumat peribadi anda degna penuh kerahsiaan. Kami tidak akan menyewakan, menjual atau memberikan alamat e-mail atau butiran diri anda kepada sesiapa. Semua maklumat yang kami terima daripada anda hanya akan digunakan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda di masa hadapan.





