AKUALTRA.COM telah diilhamkan oleh seorang peminat bolasepak yang juga mempunyai minat mengumpul jersi pasukan-pasukan bolasepak. Namun setelah beberapa tahun bergiat di dalam hobi ini, beliau sedar bahawa tidak terdapat jersi pasukan tempatan di dalam koleksinya. Bukan kerana beliau tidak berminat mendapatkan jersi pasukan tempatan, beliau jarang sekali terjumpa jersi-jersi pasukan ini. Barangkali, ini kerana bolasepak Malaysia mengalami kehambaran sejak dua dekad lalu yang menyebabkan ramai yang tidak mencari dan menjual jersi-jersi pasukan tempatan.
Di negara-negara besar bolasepak dunia, memiliki jersi pasukan yang disokong dan diminati menjadi suatu kebanggaan. Tanpa mengira jatuh dan bangun pasukan mereka, jersi dipakai dengan logo pasukan tersemat di dada menandakan perasaan bangga yang tidak terhingga. Setiap kali pasukan mereka bermain, warna-warna pasukan akan membanjiri stadium sekaligus mencetus semangat kepada pasukan mereka untuk mencapai kejayaan.
AKUALTRA.COM mempunyai aspirasi yang besar untuk mengumpulkan koleksi jersi-jersi pasukan tempatan seberapa banyak yang mungkin dan menjadi tumpuan dan rujukan utama peminat-peminat bolasepak, khususnya peminat bolasepak Malaysia.






Diharapkan kewujudan AKUALTRA.COM dapat membantu memeriahkan arena bolasepak tanahair. Seperti yang dapat kita saksikan kini, bolasepak alaf baru bukan hanyalah suatu sukan. Perkembangannya begitu pesat dan telah menjadi suatu industri global yang mencakupi pelbagai aspek. Semua negara berlumba-lumba ingin menjadi kuasa besar bolasepak dunia. Pastinya, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan.
Marilah memeriahkan arena bolasepak Malaysia. Jika bukan dengan penglibatan anda, siapa lagi?





